Berita Semasa

45 Pengakap Kelana capai Anugerah Baden-Powell

KUALA LUMPUR – Seramai 45 calon dari pelbagai negeri berjaya menerima Anugerah Baden-Powell (BPA) 2024 setelah lulus dengan baik pada Penilaian BPA Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Rumah B-P, di sini semalam.

Penerima BPA tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pengakap Kelana dari negeri Johor, Selangor, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Terengganu.

Untuk rekod, BPA merupakan anugerah tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang Pengakap Kelana.

Calon penerima anugerah tersebut akan melalui beberapa siri ujian merangkumi komponen ketrampilan, kepimpinan, kemahiran Pengakap, kenegaraan, pengucapan awam, personaliti, khidmat masyarakat, simulasi bencana alam, pengurusan acara dan ujian bertulis.

Pesuruhjaya Latihan Negara, Dr. Ekbert Yong Yeng Loong berkata, pihak Lembaga Penilai BPA berharap ahli-ahli Pengakap Kelana yang berjaya mencapai BPA dapat meneruskan momentum ini dengan terus membantu masyarakat.

Beliau juga berharap, penerima-penerima BPA terlibat menjadi seorang yang berdisiplin, berbudi, baik dan sentiasa menceburi aspek mencari maklumat dalam pembelajaran.

“Saya berharap mereka akan membantu adik-adik Pengakap Kelana yang lain untuk mencapai sepertimana mereka mencapai BPA,” katanya.

Majlis perasmian penutup majlis disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin.

Show More

Related Articles

Back to top button