BERITA SEMASA

Anggota TUDM gondol tiga emas, satu perak SIIF 2024

SEOUL – Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat perak Seoul International Invention Fair (SIIF) 2024

Pameran SIIF, yang merupakan program inovasi dibawah World Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Federation of Inventors’s Associations (IFIA), berjaya menarik penyertaan sebanyak 519 pasukan inovasi dari lebih 32 negara, dan berlangsung pada 27 hingga 30 Nov di sini,

Wakil Sekretariat Inovasi Kementerian Pertahanan (MINDEF), Syaidatul Azla Abdul Malek menzahirkan ucapan terima kasih serta menghargai pengorbanan Pasukan Inovasi TUDM membantu memberi kejayaan luar jangka kepada MINDEF.

“Ketua Delegasi Inovasi TUDM, Leftenan Kolonel Mohamad Rosdzni Abdul Karim TUDM berjaya mengatur gerak, mengkaji serta memastikan pasukan Inovasi TUDM bersedia bersama kelengkapan dengan baik.

“Manakala, ketua projek RAIN dan juga Ikon Inovasi TUDM, Mejar Mohd Haziq Izzat Sulaiman TUDM serta ketua projek RWR B-Sensing, Mejar Hasif Yahaya TUDM masing-masing telah memberi persembahan yang cemerlang semasa penilaian Juri.

“Moderator dan Ikon Inovasi MINDEF, Mejar Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM juga sama-sama berjuang mengatur strategi hebat serta memberi kesan luar jangka terhadap Projek Inovasi TUDM bagi memastikan TUDM dan MINDEF mampu bersaing dengan pencipta dari seluruh Dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Projek inovasi RAIN dianugerah dua pingat emas menerusi Penilaian SIIF dan Thailand Invention Special Award, dan satu lagi pingat emas Vietnam Innovation Special Award yang diterima secara bersama dengan projek inovasi RWR B-Sensing.

RWR B-Sensing turut dianugerahkan satu pingat perak menerusi Penilaian SIIF.

Selain Tim Inovasi TUDM, turut bersama-sama menyumbang kejayaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MINDEF adalah Tim Inovasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat (TDM) masing-masing memperolehi dua pingat perak dan satu pingat gangsa serta Singapore Special Award.

Untuk rekod, hasil projek inovatif peserta dinilai dalam pelbagai bidang, termasuk kesihatan, alam sekitar dan teknologi maklumat.

Proses penilaian mengambil masa selama 15 minit, dan meliputi pelbagai aspek termasuk impak kepada masyarakat global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button