51 kakitangan MINDEF Sabah terima APC, 9 pesara dihargai
KOTA KINABALU – Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim Ali menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 Peringkat Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah di The Pacific Sutera Harbour, di sini.
Majlis yang telah berlangsung melibatkan seramai 51 orang penerima APC dan 9 orang pesara wajib serta pilihan yang bertugas di Sabah.
Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai berjumlah RM1,000.

Sementara itu, para pesara menerima Sijil Penghargaan serta insentif persaraan berjumlah RM600 dan juga tambahan ingat Pekerti Terbilang (PPT) kepada mereka yang bersara wajib.
Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Roszanina Wahab; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Shaiful Ibrahim dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, serta pengurusan tertinggi MINDEF awam dan ATM Sabah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








