JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita lemas di sungai, cara pemakaian dikecam

ALOR SETAR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila lemas ketika sedang mandi dipercayai di jeram Lata Sedim, dekat sini.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang berada tidak jauh dari lokasi mangsa yang sedang terkapai-kapai dan mula tenggelam.

Melalui video berdurasi 45 saat yang tular di aplikasi X hari ini, wanita yang mandi dengan berpakaian lengkap dan bertudung itu dikatakan dirakam oleh rakannya yang berada di darat.

Tindakan pantas seorang lelaki yang sedang mandi berhampiran berjaya menyelamatkan mangsa dipercayai selepas mendengar jeritannya.

Tinjauan di ruang komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan berani lelaki berkenaan yang menarik mangsa ke kawasan cetek.

Bagaimanapun ramai juga yang mengecam mangsa kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai ketika beriadah di dalam air.

“Sumpah pernah jadi macam ni, pastu kau takleh nafas sebab tudung melekap kat muka kau. Lepas tu mmg pakai tudung yg khas utk swimming,” kata Anyy.

“Uihh bahaya. Lepas ni nak mandi sungai kena pakai tudung khas utk swimming. Kalau was was jugak mandi je la tempat surut,” kata Naoki.

“Pakaian tak sesuai baju cotton dan tudung tu buatkan jisim berat bertambah. Bahaya betul,” kata Royal Prince.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 90,000 orang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button