JENAYAH & MAHKAMAH

Maritim Malaysia tahan 6 pekerja warga Myanmar tanpa pengenalan diri

PULAU PINANG – Enam orang pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, suspek ditahan dalam operasi pemeriksaan di sebuah sangkar ikan di muara Sungai Udang petang semalam.

Katanya, dalam operasi pada pukul 12.40 petang itu, sepasukan penguatkuasa Maritim Malaysia menahan enam orang pekerja sangkar warga Myanmar berumur antara 18 hingga 45 tahun kerana gagal mengemukakan atau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa suatu pas yang sah.

“Kesemua pekerja berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Nak Rong mengingatkan semua pengusaha ikan dalam sangkar dan komuniti nelayan agar mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button