Berita Semasa

Abu Tariq dilantik CEO LHDN yang baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan,
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Pematuhan) itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember lalu.

“Mohd Nizom, 61 tahun, telah berkhidmat selama 38 tahun di LHDN dan telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi ini selama bergelar Hasilian.

“Antara sumbangan signifikan beliau adalah memperkenalkan konsep AES (awareness, education and services) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan di LHDN. Ia bertujuan untuk membina kembali kepercayaan masyakarat terhadap sistem percukaian langsung negara,” katanya hari ini.

Selain itu, katanya, di bawah kepimpinan Mohd Nizom juga LHDN telah
merekodkan pencapaian kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah negara pada tahun 2022, iaitu pada angka RM175.4 bilion.

“LHDN merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada beliau atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN,” katanya.

Sementara itu Abu Tariq yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB. Hons) daripada Universiti Malaya mula berkhidmat di agensi itu pada 15 Mac 1995.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDN merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang.

Show More

Related Articles

Back to top button