HIBURAN

Cico Harahap meninggal dunia selepas alami pening teruk

AMPANG – Pelakon veteran, Uji Rashid mendedahkan anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico Harahap, 48, mengalami pening teruk sehingga meminta dibawa ke hospital kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia.

Menurut Uji Rashid, keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini menunjukkan perkembangan positif apabila sudah tidak lagi bergantung kepada kerusi roda.

Bagaimanapun, keadaan Cico merosot minggu lalu apabila mengadu tidak tahan menanggung kesakitan sebelum dimasukkan ke hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari.

“Dia beritahu sudah tidak tahan sakit dan mahu dimasukkan ke hospital. Selepas diterima masuk, dia ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari sebelum dipindahkan ke wad.

“Namun, keadaannya serius kerana mengalami banyak jangkitan,” katanya memetik laporan Buletin TV3 ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, hari ini.

Uji Rashid berkata, anaknya sudah berdepan masalah kesihatan sejak 11 tahun lalu sehingga beberapa organ badannya turut terjejas dan menyukarkan proses pemulihan.

Mengimbas detik terakhir Allahyarham, beliau berkata, Cico rebah selepas mengadu kesakitan yang tidak tertanggung sebelum mengalami serangan jantung.

Katanya, pasukan perubatan berusaha menyelamatkan Allahyarham menerusi rawatan resusitasi dan bantuan mengepam jantung, namun gagal memberikan tindak balas.

Jenazah Cico selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana kira-kira pukul 6 petang tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button