Rosmah tidak tahu dakwaan wakil hadir bayar denda RM50 juta Najib
KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan beliau tidak mengetahui dakwaan dua wakil hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah berkata, beliau dan ahli keluarganya tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara itu, termasuk dakwaan pembayaran denda berkenaan.
“Saya tidak tahu. Keluarga saya juga tidak dimaklumkan. Sepatutnya kamu beritahu saya.
“Kalau salah laporan nanti, mereka tarik balik berita itu,” katanya memetik laporan BH Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri prosiding pengurusan kes membabitkan projek solar yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Rosmah diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa dua wakil hadir ke mahkamah bagi menjelaskan denda RM50 juta berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














