Permohonan gugur pertuduhan Najib ditolak
Kuala Lumpur – Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd ditolak selepas Pejabat Peguam Negara tidak bersetuju.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi hari ini.
Beliau berkaya, pihak pendakwaan bersedia meneruskan perbicaraan dan memerlukan masa untuk melengkapkan dokumen berkaitan.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagaimanapun memohon supaya anak guamnya dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kerana kes itu tertangguh sejak 2019 tanpa tarikh perbicaraan yang tetap.
Hakim K Muniandy menetapkan 20 Jun ini bagi keputusan sama ada permohonan DNAA itu dibenarkan atau tidak.
Najib didakwa menerima wang hasil aktiviti haram melalui tiga transaksi dalam akaun AmIslamic Bank miliknya pada 8 Julai 2014. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda hingga RM5 juta, atau kedua-duanya.
Ketika ini, beliau sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas sabitan kes SRC RM42 juta. Hukuman asal 12 tahun itu diringankan oleh Lembaga Pengampunan pada Januari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








