Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuantan
KUANTAN – Penemuan mayat seorang wanita yang terapung dan tersangkut pada tali pelampung pukat di Sungai Kuantan dekat Jalan Besar di sini, semalam, mencetuskan siasatan polis.
Mayat wanita yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam sebelum maklumat kejadian disalurkan kepada polis pada pukul 12.38 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, mangsa ditemukan memakai baju merah dan seluar pendek putih bercorak hitam.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan calar berdarah pada bahagian dahi mangsa, namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian serta identiti mangsa.
Beliau berkata, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








