BISNES & EKONOMI

HOMEDEC KL 2026 himpun lebih 350 syarikat, tawar diskaun hingga 80 peratus

KUALA LUMPUR – Lebih 350 syarikat yang menawarkan pelbagai produk kelengkapan kediaman, idea reka bentuk dalaman dan penyelesaian pengubahsuaian rumah berhimpun di bawah satu bumbung menerusi pameran HOMEDEC KL 2026.

Penganjur yang merangkap Presiden C.I.S Network Sdn. Bhd., Datuk Vincent Lim berkata, pameran tahun ini memberi tumpuan lebih besar kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional.

Menurut beliau, ia bagi membantu rakyat Malaysia membuat keputusan lebih tepat sama ada untuk melengkapkan kediaman baharu atau memperbaharui ruang sedia ada.

“HOMEDEC KL 2026 turut menampilkan aktiviti seperti HOMEDEC Showhomes yang merangkumi INTERVAL dan OASIS selain Architects’ Pavilion bagi memberikan inspirasi serta panduan praktikal kepada pengunjung.

“INTERVAL yang dihasilkan firma reka bentuk dalaman tempatan Matthew Lim Associates (MLA) diketuai pengetuanya, Matthew Lim mengetengahkan konsep ‘A Home, Experienced in Layers” menerusi gabungan ruang, cahaya, bahan dan bunyi bagi membantu pemilik rumah melihat kediaman dari perspektif berbeza,” katanya di sini semalam.

homedec
HOMEDEC KL 2026 menghimpunkan lebih 350 syarikat dalam industri kelengkapan dan pengubahsuaian kediaman.

HOMEDEC KL 2026 yang merupakan pameran hiasan dalaman rumah terbesar di Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula semalam selama hingga Ahad ini membawa tema “Jom Renovate!”.

Tahun ini, lebih 1,100 reruai di lapan dewan sekali gus memberi peluang kepada pemilik rumah mendapatkan inspirasi, meneroka produk serta mendapatkan khidmat kepakaran profesional untuk keperluan kediaman masing-masing.

Mengulas lanjut, Lim berkata, OASIS memberi tumpuan kepada ruang luar kediaman dengan mengetengahkan idea menjadikan kawasan terbuka sebagai ruang tambahan yang selesa dan berfungsi.

Katanya, Di Architects’ Pavilion, pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan arkitek bertauliah yang mengamalkan profesion itu bagi memahami cara memaksimumkan penggunaan ruang, merancang keperluan masa depan serta membuat keputusan reka bentuk lebih tepat.

“Selain itu, pengunjung boleh mengikuti sesi perkongsian feng shui oleh Master Suyen untuk mengetahui bagaimana prinsip berkenaan boleh mempengaruhi susun atur dan suasana kediaman.

“Pameran itu turut menyediakan Samsung Smart Home Experience Centre bagi membolehkan pengunjung meneroka teknologi rumah pintar dan penyelesaian berhubung yang dapat meningkatkan kemudahan dalam rutin harian.

“Inisiatif Jom Jamuan di ruang Marketplace pula mengetengahkan gajet dapur terkini dan popular, selain idea serta teknik memasak bagi menjadikan penyediaan hidangan harian lebih mudah dan menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, dari segi penjimatan, HOMEDEC Savers menawarkan diskaun sehingga 80 peratus serta tawaran eksklusif daripada pempamer yang mengambil bahagian, meliputi perabot, keperluan pengubahsuaian dan produk penambahbaikan kediaman.

Pengunjung juga berpeluang menyertai kempen SHOP BIG WIN BIG yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM600,000 menerusi perbelanjaan minimum RM200 menerusi satu resit yang membolehkan pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk perjalanan ke Korea, pelayaran Disney Cruise dan barangan elektrik Samsung.

Ganjaran segera berperingkat turut ditawarkan bagi perbelanjaan yang memenuhi syarat, tertakluk kepada konsep siapa cepat, dia dapat dan selagi stok masih ada.

Penganjur turut menggalakkan pengunjung membuat prapendaftaran menerusi laman web www.homedec.com.my bagi mengelakkan kesesakan beratur serta berpeluang memenangi hadiah.

Sejak 2003, HOMEDEC telah membantu lebih empat juta pemilik rumah dalam perjalanan memiliki, menyewa, mereka bentuk dan mengubah suai kediaman, dengan penglibatan 20,000 pempamer sepanjang tempoh berkenaan.

Pameran itu terus menyediakan platform untuk pemilik rumah mendapatkan idea, mengikuti perkembangan terkini dalam reka bentuk dan hiasan dalaman serta menimba pengetahuan daripada pakar industri menerusi pameran rumah contoh, sesi dialog dan bengkel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button