BERITA SEMASA

100 warga UM pamer sokongan melalui Himpunan Mahasiswa Bersama Palestin

KUALA LUMPUR – Keadaan cuaca panas tidak mematahkan semangat kira-kira 100 warga Universiti Malaya (UM) menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin melalui Himpunan Mahasiswa Bersama Palestin di sini, semalam.

Menurut Presiden Lajnah Siasah Syar’iyyah, Muhammad Haiqal Mohd Hatta, perhimpunan itu merupakan antara pengisian bagi program Himpunan Mahasiswa Bersama Palestin yang diadakan di Akademi Pengajian Islam UM sebelum berarak menuju ke Dewan Tunku Canselor selepas solat Jumaat.

Kata Haiqal,21, yang juga pelajar jurusan sains politik islam, pihaknya menyeru rakyat Malaysia agar terus menjalankan kempen boikot terhadap barangan Israel kerana ia telah berjaya memberi impak yang amat besar dalam melumpuhkan ekonomi negara tersebut.

“Kami menyeru agar para ilmuwan, agamawan, ahli politik dan NGO bersatu dalam memberi sumbangan harta, tenaga dan kepakaran di dalam pelbagai bidang mengikut kapasiti dan lapangan masing-masing bagi pembebasan penuh Palestin.

“Kami juga menyeru mahasiswa seluruh Malaysia agar menjadi jurubicara rakyat mengenai isu Palestin dan bersikap serius dalam mengangkat perjuangan pembebasan Palestin dengan menjalankan aktiviti solidariti dan keilmuan mengenai isu Palestin dalam setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sebagai rekod, himpunan yang dianjurkan oleh Lajnah Siasah Syar’iyyah turut mendapat sokongan daripada Persatuan Mahasiswa Islam, Lajnah Pengurusan Muamalat, Lajnah Sejarah Tamadun Islam serta Persatuan Belia Islam Pembina UM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button