JENAYAH & MAHKAMAH

Kematian tahanan di IPD Cheras: PDRM tidak lindungi anggota jika salah laku

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi mana-mana anggota sekiranya terbukti berlaku salah laku atau pelanggaran tatatertib dalam kes kematian tahanan, Noorizwan Zulkefly, selepas berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, sebelum ini memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi PDRM tidak akan melindungi mana-mana anggota atau pihak sekiranya terbukti berlaku salah laku atau pelanggaran tatatertib.

“Pendekatan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri supaya setiap kes membabitkan integriti agensi penguatkuasaan disiasat secara terbuka dan adil bagi memastikan keadilan kepada semua pihak,” memetik BH online.

Pada masa sama, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bersama PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Siasatan itu turut memberi tumpuan kepada kemungkinan berlakunya salah laku atau pelanggaran prosedur ketika mangsa berada dalam tahanan polis.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button