Kerajaan laksana pendataan pelarian seluruh negara menerusi Arahan MKN 23 – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – Kerajaan memulakan pelaksanaan inisiatif pendataan menyeluruh terhadap komuniti pelarian di seluruh negara menerusi pengeluaran Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah berkenaan bertujuan menstrukturkan semula pengurusan data warga asing berstatus pelarian agar lebih telus serta teratur demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
“Pelaksanaan fasa pertama program pendataan tersebut memberi tumpuan kepada golongan pelarian yang kini berada di dalam Depot Tahanan Imigresen (DTI).
“Selepas selesai peringkat awal ini, pelaksanaan pendataan biometrik dan profil rasmi berkenaan akan diperluaskan kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berada di luar depot.
“Usaha ini penting bagi memastikan pihak keselamatan mempunyai rekod yang tepat berhubung keberadaan mereka di negara ini di samping mengelakkan manipulasi identiti oleh sindiket tertentu,” memetik Sinar Harian online.
Ahmad Zahid turut berkata, pengeluaran DPP tidak memberi taraf kewarganegaraan atau hak pemastautin tetap, sebaliknya berfungsi sebagai instrumen kawalan keselamatan dan verifikasi rasmi kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








