BERITA SEMASA

Abang Johari dijangka umum pembubaran DUN Sarawak petang ini

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang ini.

Menurut laporan Bernama, ia susulan jemputan media yang dikeluarkan pejabat Premier Sarawak yang dijadual mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 3.30 petang di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.

Abang Johari dijangka mengumumkan pembubaran DUN bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Perkembangan itu menyusul selepas DUN Sarawak bersidang buat kali terakhir bagi penggal semasa pada Rabu lalu, yang turut menyaksikan Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

DUN Sarawak ketika ini mempunyai 82 kerusi, manakala mandat penggal semasanya dijadual berakhir pada Februari 2027.

Pada PRN Sarawak ke-12 yang berlangsung pada 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari mencatat kemenangan besar apabila menguasai 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button