
Enggan selesa, Anwar terus tumpu usaha tambah baik tata kelola, urus tadbir negara
PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan enggan berasa selesa selepas setahun mentadbir negara, sebaliknya terus menumpukan usaha untuk menambah baik tata kelola dan urus tadbir yang bersih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dan ditambah baik bagi membolehkan pelaksanaan pelbagai kerangka dan dasar yang diperkenalkan Kerajaan.
“Ini kalau dapat dibersihkan, maka kita boleh laksanakan beberapa kerangka dasar seperti ekonomi madani, transisi atau peralihan tenaga baharu dan hijau, transformasi digital dan misi perindustrian yang jelas,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3, malam tadi.
Mengenai kejayaan Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata, segala kemajuan dalam pebagai bidang yang dikecapi negara setakat ini adalah hasil usaha berpasukan dalam kabinet kerajaan.
“Ini adalah kerja berpasukan dan kita lakukan sebaik mungkin iaitu perubahan sedaya upaya kita (Kerajaan Perpaduan),” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















