Pengerusi badan berkanun Pulau Pinang didakwa esok, kes tanah rugi RM1.96 juta
GEORGE TOWN – Seorang pengerusi badan berkanun di Pulau Pinang dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di negeri itu pada Khamis berhubung kes penjualan tanah kerajaan di bawah harga pasaran sehingga mengakibatkan kerugian RM1.96 juta.
Lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 50-an itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga tanah yang membabitkan sebuah agensi di bawah kementerian.
Menurut BH online, dia dijangka dituduh pada jam 9 pagi di George Town.
Siasatan kes itu dipercayai berkaitan penjualan lapan lot tanah milik sebuah agensi kerajaan di Seberang Perai Selatan pada 2015.
Terdahulu, lima individu termasuk pengerusi berkenaan ditahan SPRM pada Ogos lalu bagi membantu siasatan kes disyaki salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah terbabit.
Bagaimanapun, setakat laporan berkenaan, belum dapat dipastikan sama ada individu lain turut akan didakwa pada hari sama.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berkaitan penyalahgunaan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








