BERITA SEMASA

Penjawat awam dapat rebat 20 peratus langganan pandapro

PUTRAJAYA – Penjawat awam boleh menikmati rebat 20 peratus bagi langganan keahlian pandapro selama 12 bulan menerusi Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 yang dilancarkan hari ini.

pandapro
Penjawat awam terima rebat langganan Pandapro

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan foodpanda itu bertujuan menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi warga perkhidmatan awam.

“Tawaran khas berkenaan diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai alamat e-mel rasmi kerajaan dengan domain @xxx.gov.my.

“Inisiatif di bawah perkhidmatan Payung RAHMAH itu turut bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup penjawat awam selain memberikan kemudahan dalam menjalani rutin kerja harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh penebusan insentif berkenaan dibuka menerusi aplikasi foodpanda bermula 14 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Pelaksanaan inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan bersama rakan strategik sektor swasta dalam menjaga kebajikan serta menghargai sumbangan penjawat awam.

Maklumat lanjut dan panduan penebusan boleh didapati menerusi dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi serta saluran media sosial Kementerian Komunikasi.

Insentif itu dilancarkan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Oktober 2026 yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button