JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tingkatan Satu ditahan disyaki cabul 14 pelajar OKU

KEPALA BATAS – Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan selepas didakwa mencabul 14 pelajar orang kurang upaya (OKU) di sebuah sekolah menengah di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, suspek ditahan selepas pengetua sekolah terbabit membuat laporan polis pada Jumaat.

Tambahnya, kesemua mangsa berusia antara 13 dan 14 tahun dan mengalami masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

“Suspek telah ditahan pada Jumaat untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Akta 14 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana melakukan amang seksual.

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Jelasnya, peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 19 akta yang sama iaitu kegagalan memberi maklumat mengenai perlakuan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button