JENAYAH & MAHKAMAH
Pelajar 14 tahun maut dipercayai disambar petir
PASIR MAS – Seorang pelajar lelaki 14 tahun dilaporkan maut dipercayai akibat disambar petir ketika memancing di tali air di Kampung Tasek Berangan, Repek, petang tadi.
Memetik portal Buletin Utama, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama tiga individu lain termasuk rakan dan sepupunya memancing di kawasan berkenaan, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Mangsa dipercayai disambar petir ketika mereka sedang bersiap untuk pulang selepas hujan lebat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








