BERITA SEMASA

Belanjawan 2027: Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi inisiatif Komuniti Angkat MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi inisiatif Komuniti Angkat MADANI di bawah Belanjawan 2027 dengan tumpuan membantu penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurusan tertinggi kementerian dan agensi diamanahkan untuk mengetuai ikhtiar itu, dengan penglibatan universiti serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menawarkan kemahiran yang diperlukan warga PPR.

“Kita juga akan menyediakan dapur bersama, peralatan perniagaan dan latihan untuk meningkatkan pendapatan penduduk,” kata beliau di Bumi” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sejak 2024, pelaksanaan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI telah memberi manfaat kepada hampir 500 kampung dan 1,700 sekolah di seluruh negara.

Anwar turut menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pengurusan kementerian, jabatan, agensi serta badan korporat yang menjayakan ikhtiar itu.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan bagi pembaikan prasarana Kampung Baru Cina ditingkatkan kepada lebih RM100 juta, termasuk kerja-kerja membaik pulih dan membina semula prasarana yang uzur.

Beliau berkata, peruntukan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar juga ditingkatkan kepada RM80 juta.

Selain itu, Anwar berkata Yayasan GLIC GLC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan & Syarikat Berkaitan Kerajaan) menyediakan geran padanan RM100 juta antaranya bagi memperkasakan ekosistem penjagaan kanak-kanak dan menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di sembilan negeri

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button