Jurugambar AFP dipukul ketika liputan keganasan peneroka di Tebing Barat
NABLUS – Jurugambar agengsi berita antarabangsa AFP, Jaafar Ashtiyeh, 58, cedera dan dikejarkan ke hospital selepas dipukul menggunakan senapang ketika membuat liputan mengenai keganasan terhadap petani Palestin di kawasan Aqraba, Tebing Barat.

Kejadian berlaku ketika Ashtiyeh dan seorang lagi jurugambar AFP, John Wessels, berada berhampiran sekumpulan penduduk Palestin yang sedang memetik buah zaitun.
Menurut Wessels, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki kenderaan beroda empat menghampiri lokasi sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan, menyebabkan seorang lelaki Palestin cedera di kaki.
Ketika Ashtiyeh cuba berlindung di dalam kenderaan yang mempunyai tanda ‘Press’, dua lelaki menyerangnya dan memukulnya berulang kali menggunakan hujung senapang.
Ashtiyeh mengalami lebam di kepala dan badan sebelum dibawa ke hospital di Nablus. Pemeriksaan sinar-X mendapati tiada tulang patah, namun beliau kekal di hospital untuk pemantauan.
Wessels turut mendakwa peralatan kamera milik Ashtiyeh dirampas penyerang. Kejadian itu berlaku kira-kira 500 meter dari sekumpulan anggota tentera Israel yang lengkap bersenjata.
Keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dilaporkan meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk serangan serta kerosakan dan rampasan kebun zaitun.
Menurut Reporters Without Borders (RSF), 19 wartawan ditahan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat dalam tempoh tiga tahun sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







