BERSATU sah sertai PRN Melaka, terbuka bincang pakatan politik
KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang dan terbuka untuk membincangkan bentuk kerjasama atau pakatan pilihan raya dengan pihak berkaitan.
Menurut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik BERSATU yang bersidang petang ini dan dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pandangan serta perkembangan politik semasa.
“BERSATU akan menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka. BERSATU bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama atau electoral pact,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, BERSATU turut memutuskan untuk menggunakan simbol parti dalam PRN Melaka, manakala kerusi yang akan ditandingi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, keputusan untuk mewujudkan electoral pact bertujuan mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sederhana serta progresif demi kesejahteraan rakyat Melaka.
“BERSATU merayu kepada rakyat Melaka untuk memberi peluang kepada calon-calon BERSATU untuk mewakili suara rakyat dan membawa perubahan yang hakiki serta memberikan manfaat langsung kepada semua rakyat Melaka,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








