Bilik penginapan pelajar UIAM terbakar
GOMBAK – Sebuah bilik penginapan pelajar di blok pascasiswazah, Mahallah Ali, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini terbakar dalam satu kejadian tengah hari, semalam.
UIAM dalam satu kenyataan memaklumkan Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSEM) UIAM telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada kira-kira jam 12.40 tengah hari pada 4 Oktober.
“Susulan itu, anggota keselamatan bertindak menggunakan alat pemadam api sedia ada bagi mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada pukul 12.50 tengah hari bagi menjalankan operasi pemadaman,” katanya, semalam.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.22 petang.
Tindakan awal anggota keselamatan menggunakan alat pemadam api dilakukan sejurus menerima panggilan kecemasan sebelum operasi pemadaman diteruskan oleh pasukan bomba.
Setakat ini, UIAM tidak memaklumkan punca kebakaran atau jumlah kerosakan yang dialami dalam kejadian berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








