KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian abangnya di Bukit Payong, Marang, semalam.
Perintah reman ke atas suspek yang juga orang kurang upaya (OKU) mental dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu ada;ah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu. angsa berusia 43 tahun ditemukan maut selepas dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Dalam kejadian sama, adik perempuan mangsa berusia 36 tahun turut mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HSNZ.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila suspek dipercayai berang terhadap abangnya yang dikatakan sering meminta wang daripada keluarga.
Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan polis selain beberapa barang kes turut dirampas bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








