SUKAN

PM ucap tahniah pencapaian sembilan emas kontinjen negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada atlet negara yang berjaya menyumbang tiga lagi pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sekali gus meningkatkan kutipan Malaysia kepada sembilan emas setakat ini.

malaysia
Kontigen Malaysia

Anwar berkata, pencapaian itu membuktikan kehebatan serta kesungguhan luar biasa atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan Asia.

“Kontinjen negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kini mengumpul sembilan pingat emas, satu pencapaian membanggakan yang menyerlahkan kehebatan dan kesungguhan luar biasa atlet Malaysia dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Tiga pingat emas yang diraih semalam hadir menerusi acara keirin lelaki serta skuasy berpasukan lelaki dan wanita.

Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyumbang emas dalam acara keirin lelaki, manakala skuad skuasy wanita yang dibarisi Aifa Azman, S. Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold turut muncul juara.

Skuad skuasy lelaki pula menghadiahkan satu lagi emas menerusi gandingan Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, C. Ameeshenraj dan Mohammad Syafiq Kamal.

Perdana Menteri berkata, misi memburu emas akan diteruskan dengan harapan baharu menerusi acara padel lelaki yang dibarisi Christian Didier Chin dan Aidan Yunus, selain skuad hoki lelaki yang bakal beraksi di pentas final.

“Sama-sama kita doakan kejayaan mereka,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button