JENAYAH & MAHKAMAH

Siasatan UiTM Holdings: SPRM tahan bekas pegawai pengurusan tertinggi, disyaki salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat bernilai kira-kira RM42 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat di mana suspek dipercayai mempunyai kepentingan di dalamnya.

Tambah sumber, penahanan itu adalah susulan siasatan yang dilakukan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka akan dituduh didakwa Khamis ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button