Sukan Asia Aichi-Nagoya: Enrique-Elvis sumbang perak kedua negara
AICHI, Jepun – Gandingan penerjun negara, Enrique Harrold dan Elvis Priestly menghadiahkan pingat perak kedua kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara 10 meter (m) platform seirama lelaki hari ini.
Pasangan yang baharu digandingkan u
ntuk temasya kali ini mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 377.52 mata keseluruhan dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.
Mereka bersaing sengit dengan pasangan Korea Selatan dan Jepun sebelum berjaya mencipta kelebihan menerusi terjunan ketiga dan keempat yang kemas untuk memisahkan diri daripada pencabar lain.
Persembahan mantap diteruskan dalam terjunan kelima dan terakhir apabila Enrique, 23, dan Elvis, 19, mencatat 81 mata menerusi terjunan berfaktor kesukaran 3.6, sekali gus menjadi kutipan mata tertinggi mereka sepanjang pertandingan.
Keputusan itu membolehkan Malaysia meraih pingat perak pertama dalam acara terjun pada temasya kali ini dan pingat perak kedua keseluruhan buat kontinjen negara.
Pingat emas dimenangi pasangan China manakala Korea Selatan membawa pulang pingat gangsa.
Kejayaan tersebut turut mengukuhkan reputasi skuad terjun negara sebagai antara penyumbang utama pingat Malaysia di pentas sukan antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








