Mesyuarat Lembaga Pengampunan: Kenderaan bawa Peguam Negara, Hannah Yeoh masuki Istana Negara
KUALA LUMPUR – Kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilihat memasuki Istana Negara pagi ini.
Memetik laporan BH Online, kenderaan yang membawa Hannah tiba kira-kira jam 7.48 pagi, diikuti Mohd Dusuki kira-kira 10 minit kemudian melalui Pintu Istana 2.
Kedua-duanya dipercayai hadir bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Semalam, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadualkan bersidang semula hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas mesyuarat berkenaan ditangguhkan minggu lalu.
Permohonan Najib dilaporkan menjadi satu-satunya perkara dalam agenda mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi berhubung mesyuarat tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








