BERITA SEMASA

Exodus Markets ubah operasi perniagaan menerusi integrasi AI

KUALA LUMPUR – Transformasi perniagaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) kini memasuki fasa baharu apabila teknologi itu tidak lagi digunakan sebagai alat bantuan pekerja, sebaliknya dihubungkan secara langsung dengan sistem, proses dan keputusan yang menggerakkan operasi sesebuah syarikat.

Peralihan itu menjadi fokus utama Exodus Markets menerusi Program Exodus A.C.T. (AI Capability & Transformation) untuk membantu organisasi mengenal pasti proses yang boleh ditambah baik menggunakan AI, dengan penglibatan mentor industri dan juga pakar teknologi.

Selepas beberap bulan dilancarkan, program itu menerima lebih 5,000 permohonan dengan peningkatan pendapatan sehingga 10 kali ganda dalam tempoh enam bulan terkini, menurut data syarikat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exodus Markets, Kezy Chong berkata, nilai sebenar AI kepada perniagaan hanya dapat dilihat apabila teknologi itu diintegrasikan ke dalam aliran kerja sebenar, bukannya terhad kepada penggunaan chatbot atau aplikasi secara berasingan.

“Transformasi sebenar tidak berlaku hanya kerana sesebuah syarikat memberikan akses kepada chatbot AI kepada semua pekerjanya.

“Ia berlaku apabila kecerdasan mula dihubungkan dengan sistem, proses dan keputusan yang sebenarnya menggerakkan sesebuah perniagaan,” katanya.

ai exodus
Persaingan perniagaan pada masa depan semakin bergantung kepada keupayaan organisasi mengenal pasti bahagian operasi yang boleh direka semula berasaskan AI, bukan semata-mata pemilikan model AI terbaharu.

Menurut beliau, pendekatan berkenaan membolehkan syarikat mengurangkan kebergantungan terhadap penyelarasan manual, selain mengenal pasti ruang yang boleh diubah untuk menghasilkan nilai perniagaan yang boleh diukur.

Bagi menyokong transformasi itu, Exodus Markets turut memperkenalkan empat penyelesaian automasi iaitu ExoDrive bagi kecerdasan perusahaan, ExoDM untuk aliran kerja pemesejan, ExoDesk bagi operasi perkhidmatan pelanggan dan suara serta ExoDynamic yang memfokuskan pelaksanaan kempen pemasaran pantas.

“Berdasarkan data dalaman syarikat, penggunaan penyelesaian berkenaan meningkatkan kecekapan lebih 50 peratus bagi aliran kerja terpilih, khususnya melalui pengurangan tugasan manual yang berulang,” kata Kezy.

Exodus Markets yang berpangkalan di Singapura sebelum ini menawarkan perkhidmatan transformasi digital meliputi strategi digital, penjenamaan, pengalaman pengguna serta pembangunan laman sesawang dan aplikasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button