Proklamasi penurunan takhta Tuanku Mukhriz sah, berkuat kuasa serta-merta – Kerajaan Negeri Sembilan
CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini memaklumkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.
Sehubungan itu, Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berkuat kuasa serta-merta.

Barisan EXCO kerajaan negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, semalam.
Kenyataan itu menyebut, menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bertarikh 19 April telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.
Barisan exco kerajaan negeri juga memutuskan bahawa proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar menurut Perkara 11 UUTKNS 1959 bertarikh 19 April 2026 juga telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.
Pemeriksaan Malaysia Tribune mendapati, kenyataan sama turut dimuat nak di laman Facebook Datuk Mohd Faizal Ramli.
Beliau merupakan EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Negeri Sembilan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








