21 maut dalam kemalangan jalan raya di Afrika Selatan
CAPE TOWN – Seramai 21 orang maut dalam kemalangan membabitkan dua van mini Toyota dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Suzuki di Lebuh Raya N1, Afrika Selatan, awal pagi Isnin.
Jurucakap polis, Warrant Officer Christopher Spies berkata, 18 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi disahkan maut selepas dikejarkan ke hospital.
Empat lagi mangsa dilaporkan cedera parah.
Kemalangan berlaku di wilayah Western Cape, kira-kira 380 kilometer (236 batu) dari Cape Town, menyebabkan laluan N1 antara Prince Albert dan Leeu-Gamka ditutup kepada lalu lintas.
Menurut Christopher, jumlah korban mungkin berubah selepas pasukan kecemasan dan pihak berkuasa selesai menjalankan penilaian di lokasi kejadian.
Kemalangan itu merupakan antara dua nahas maut yang berlaku di Afrika Selatan dalam tempoh dua hari.
Sebelum itu, lapan orang maut dalam kemalangan berhampiran Ermelo, wilayah Mpumalanga, awal pagi Ahad.
Kemalangan jalan raya maut menjadi isu berulang di Afrika Selatan dengan Kementerian Pengangkutan negara itu merekodkan hampir 11,500 kematian akibat nahas jalan raya sepanjang 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








