JENAYAH & MAHKAMAH

RCI Tabung Haji: Jamil Khir tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi berdepan pertuduhan berkait Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Bekas Ahli Parlimen Jerai berusia 65 tahun itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada pukul 9 pagi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman, pada Khamis lalu mengesahkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, pendakwaan itu membabitkan kes berkaitan Laporan RCI TH selepas SPRM memperoleh kebenaran daripada Peguam Negara untuk mengemukakan pertuduhan di mahkamah.

Katanya, SPRM mengesyorkan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana individu yang dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri, atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan, apa-apa harta.

Sebelum ini, Jamil Khir direman lima hari sehingga 6 September lalu sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi sehingga 8 September.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button