BERITA SEMASAPMX

Kerajaan akan pinda Perlembagaan tambah perwakilan Sabah, Sarawak di Parlimen

KOTA KINABALU – Kerajaan akan meminda Perlembagaan bagi meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri secara prinsip bersetuju dengan keputusan itu ketika bermesyuarat, Rabu lalu.

“Walaupun dalam perjanjian MA63 itu dengan penyertaan Singapura. Satu pertiga daripada Singapura, Sabah, Sarawak. Sekarang ini tentunya kurang. Jadi keputusan kita adalah mesti menambah nisbah Sabah, Sarawak.

“Keputusan ini penting dan telah kita persetujui pada prinsip lebih awal (dalam mesyuarat) Jemaah Menteri, Rabu yang lalu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penambahan itu, kata Perdana Menteri, tidak sekadar melibatkan jumlah kerusi, sebaliknya perlu memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut meningkat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan menyasarkan 40 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, beliau berkata mekanisme serta perinciannya perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri berkata sama ada penambahan itu sempat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang (PRU) masih belum dapat dipastikan kerana perlu melalui proses rundingan dan Perlembagaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button