Feri terbakar di perairan Palawan, 5 maut 87 masih hilang
MANILA – Sekurang-kurangnya lima maut manakala 87 lagi masih hilang selepas sebuah feri terbakar di perairan Palawan, malam tadi.
Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengawal Pantai Filipina sebagai berkata, kebakaran di atas MV June Aster yang membawa 134 penumpang dan anak kapal itu berlaku lewat petang semalam ketika feri malang itu berada kira-kira 2.2 kilometer (1.3 batu) dari pesisir bandar Coron.
Kapten Pengawal Pantai, Noemi Cayabyab memberitahu sebuah stesen radio tempatan, hari ini bahawa seramai 42 orang telah diselamatkan setakat ini, menurut agensi berita AFP.
āBerdasarkan data yang kami ada ketika ini mengenai individu yang diselamatkan dan mangsa, masih terdapat 87 orang yang belum dapat dikesan,ā katanya.
Beliau menambah, daripada jumlah yang diselamatkan, 38 merupakan penumpang manakala empat lagi adalah anak kapal.
āBagaimanapun, kami masih belum dapat memperoleh maklumat daripada individu yang diselamatkan kerana belum berpeluang bercakap dengan mereka,ā katanya, sambil menambah bahawa usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan.
Agensi berita Reuters melaporkan, 43 orang telah diselamatkan setakat malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








