M360 ASEAN perkukuh kerjasama digital, satukan kerajaan dan industri
KUALA LUMPUR – Penganjuran M360 ASEAN 2026 dilihat sebagai platform penting yang menghimpunkan kerajaan, pengawal selia serta pemimpin industri komunikasi dan teknologi bagi memperkukuh kerjasama serta membentuk masa depan digital rantau ASEAN.
Ketua Asia Pasifik GSMA, Julian Gorman berkata, penganjuran sulung M360 ASEAN penting bagi mewujudkan ruang untuk pemimpin serantau berkongsi perspektif, inovasi dan penyelesaian terhadap cabaran digital yang dihadapi negara-negara ASEAN.
Menurutnya, ASEAN mempunyai kedudukan strategik dalam ekonomi digital global susulan pertumbuhan ekonomi yang pesat, demografi penduduk yang muda serta peningkatan penggunaan teknologi digital.
āASEAN adalah kawasan utama dalam ekonomi global. Ekonominya berkembang dengan pantas dan banyak pelaburan sedang berlaku.
āPada masa sama, banyak isu dasar dan penyelesaian teknologi yang berlaku di seluruh dunia turut berkait rapat dengan perkembangan di ASEAN,ā katanya dalam temu bual bersama Bernama sempena M360 ASEAN 2026 di Hotel Grand Hyatt, di sini hari ini.
Beliau berkata, pendekatan secara serantau penting memandangkan negara-negara ASEAN mempunyai tahap pembangunan dan keperluan digital yang berbeza, namun berkongsi kepentingan dalam aspek seperti perniagaan, data, perkhidmatan serta proses digital.
Katanya, kerjasama lebih erat antara kerajaan dan industri komunikasi serta teknologi diperlukan bagi memastikan ASEAN mampu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.
āApabila kita bercakap mengenai ASEAN sebagai satu rantau, kepentingannya adalah kerjasama.
āBukan hanya antara kerajaan, tetapi juga antara kerajaan dengan industri komunikasi,ā katanya.
M360 ASEAN dianjurkan GSMA dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan transformasi digital, termasuk 5G, kecerdasan buatan (AI) dan kesalinghubungan digital.
Gorman berkata, platform itu turut membolehkan negara-negara ASEAN berkongsi pengalaman, peluang dan kejayaan dalam usaha mempercepatkan pembangunan ekonomi digital serantau.
Beliau berkata, kerjasama tersebut penting bagi memastikan pembangunan digital ASEAN bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi rantau itu, malah menyumbang kepada agenda ekonomi digital global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








