LUAR NEGARA

Kebakaran majlis perkahwinan di Congo ragut 22 nyawa

KINSHASA – Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kebakaran ketika majlis perkahwinan di Lingwala, utara Kinshasa, Republik Demokratik Congo (DRC), awal pagi Sabtu.

Kebakaran di dalam sebuah premis di Universiti Protestan Congo (UPC) itu turut menyebabkan sejumlah tetamu cedera.

Datuk Bandar Lingwala, Norbert Mushinga berkata, angka korban dan yang cedera masih belum dimuktamad dan dijangka akan meningkat.

“Keadaan bertukar kelam-kabut apabila para tetamu cuba menyelamatkan diri menerusi laluan sempit dalam bangunan berkenaan.

“Beberapa mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat melecur,” memetik laporan berita antarabangsa.

Menurut Norbert, punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan ia berpunca daripada masalah saluran elektrik atau peralatan hiasan yang digunakan di dewan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Congo, Jacquemin Shabani yang melawat lokasi menyifatkan insiden itu sebagai tragedi yang tidak boleh dipandang ringan selain memerlukan pemantauan menyeluruh pihak berkuasa di semua premis awam.

Antara mangsa yang maut ialah seorang jurukamera Radio Televisyen Nasional Congo (RTNC) seperti dilaporkan  Kesatuan Kebangsaan Jurukamera Congo (UNCC).

Pihak berkuasa kini memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button