POLITIK

Hadi dicabar kemuka bukti dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan

CYBERJAYA – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menegaskan, tuduhan sedemikian mesti disokong dengan bukti, sambil menegaskan bahawa kedaulatan negara “bukan bahan kempen”.

“Hadi Awang mendakwa Amerika Syarikat pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014. Mana buktinya? Laporan sudah dibuat atau belum?

“Tuduhan sebesar ini mesti disokong dengan bukti. Tepukan di muktamar tidak membuktikan apa-apa” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi ketika membahaskan ucapan penutup pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 berkata, seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanyakan mengenai calon Perdana Menteri yang dicadangkan parti itu.

Beliau berkata, negara itu menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia.

Abdul Hadi turut dipetik sebagai berkata, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang ketika itu merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politiknya, menghadiri pertemuan berkenaan tetapi menolak tawaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button