BERITA SEMASA

Empat plaza tol LDP alami gangguan sistem, trafik sesak

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berdepan kesesakan tengah hari tadi susulan gangguan sistem di empat plaza tol lebuh raya berkenaan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, gangguan berlaku di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS.

Menurut LLM, semua lorong di keempat-empat plaza tol terbabit mengalami gangguan di kedua-dua arah.

“Susulan berlakunya kegagalan fungsi di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS di kedua-dua arah.

“Semua lorong terganggu ketika ini dan trafik sesak,” menurut kenyataan itu.

LLM berkata, kerja pembaikan sedang dijalankan bagi memulihkan sistem dan memastikan operasi plaza tol berkenaan kembali seperti biasa.

“Segala kesulitan amatlah dikesali,” kata LLM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button