BISNES & EKONOMI

Vivo V80 Lite 5G tampil dengan bateri gergasi 10,000mAh

KUALA LUMPUR – Menawarkan bateri gergasi berkapasiti 10,000mAh, vivo V80 Lite 5G dilancarkan di Malaysia bagi memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan kuasa sepanjang hari, termasuk dalam cuaca panas sehingga 45 darjah Celsius.

Peranti terbaharu vivo Malaysia itu diperkenalkan menerusi Glass House Showcase 10,000mAh Always Powered yang berlangsung di Lot 10, Bukit Bintang, di sini, semalam.

Pameran interaktif berkenaan turut mengetengahkan ketahanan bateri peranti tersebut menerusi cabaran ketahanan yang menampilkan pelakon popular Malaysia, Aedy Ashraf, selain memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri mesej ‘Always Powered’ serta merakam kandungan mereka sepanjang tempoh pameran.

vivo V80 Lite 5G menggabungkan Bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh dengan Kuasa Stabil sehingga 45°C, reka bentuk yang menarik dan bergaya serta prestasi sepanjang hari.

Ketahanan peranti itu turut dibuktikan di peringkat global apabila mencipta Guinness World Record bagi Siaran Langsung Ujian Produk Elektronik Paling Lama selama 32 jam 37 minit.

Bateri berkenaan menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging daripada vivo, menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis dan selesa untuk digunakan.

Direka khas untuk menghadapi cuaca panas di Malaysia, vivo V80 Lite 5G turut dilengkapi Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC bagi membantu memastikan peranti kekal sejuk ketika digunakan dalam aktiviti mencabar di bawah panas matahari.

Fungsi Battery Life Extender pula memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya satu peratus.

Selain itu, fungsi Reverse Charging membolehkan peranti berkenaan digunakan sebagai power bank mudah alih untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga TWS ketika dalam perjalanan.

Dari aspek ketahanan jangka panjang, vivo V80 Lite 5G menggunakan algoritma pengecasan yang dibangunkan sendiri serta sistem perlindungan enam lapisan bagi membantu mengekalkan kesihatan bateri.

Teknologi berkenaan memastikan kapasiti bateri dikekalkan pada sekurang-kurangnya 80 peratus walaupun selepas enam tahun penggunaan.

vivo
Ketahanan bateri vivo V80 Lite 5G diiktiraf Guinness World Records selepas mencatat tempoh Siaran Langsung Ujian Produk Elektronik Paling Lama selama 32 jam 37 minit.

Dalam pada itu, peranti tersebut turut melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan serta mampu menahan jatuh dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet dan satu meter di atas pelbagai permukaan keras.

Dengan penarafan IP68 dan IP69, peranti itu direka untuk bertahan dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit, hujan lebat berterusan selama 24 jam, kitaran mesin basuh serta pendedahan kepada 27 jenis cecair yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian.

Ketahanan habuk bertaraf IP6X pula membantu melindungi peranti daripada habuk pembinaan, ribut pasir dan pasir pantai.

Ia turut mempunyai ketahanan calar sehingga 2,500 kitaran ujian tanpa meninggalkan kesan yang ketara, manakala skrin sentuh kekal responsif walaupun digunakan dengan tangan yang basah atau berminyak.

Dari segi reka bentuk, vivo V80 Lite 5G menampilkan bucu bulat dan bezel ultra nipis berukuran hanya 1.35mm dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.47 peratus.

Peranti itu hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.

Skrin 1.5K High-Brightness OLED berukuran 6.83 inci pula mampu mencapai kecerahan sehingga 2,000 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi, selain kadar segar semula 120Hz dan sokongan 1.07 bilion warna.

Ia turut dilengkapi Dual Stereo Speakers yang dipertingkatkan dengan Algoritma VEQ bagi menghasilkan bass yang lebih dalam dan bertenaga.

Bagi perlindungan mata, Sleep Comfort Mode secara beransuran meningkatkan suhu warna skrin bagi mengurangkan cahaya biru sebelum waktu tidur, manakala Gaming Eye Protection membantu mengurangkan keletihan mata ketika sesi permainan lebih lama.

Untuk pengimejan, vivo V80 Lite 5G dilengkapi Kamera Swafoto Sudut Lebar HD 32MP dengan medan pandangan 90 darjah bagi membolehkan pengguna merakam foto berkumpulan dengan kurang herotan sudut lebar.

Kamera Utama Sony 50MP pula menawarkan prestasi untuk merakam momen harian dengan terperinci.

Ciri Check-In Watermark secara automatik menambah maklumat masa dan lokasi pada foto, manakala AI Erase membolehkan pengguna membuang individu atau pantulan yang tidak diingini daripada foto dengan hanya satu ketikan.

vivo
vivo V80 Lite 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1,399, dengan tempahan awal dibuka sehingga 11 September 2026.

vivo V80 Lite 5G kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Afterglow Pink dengan harga bermula RM1,399.

Pelanggan juga boleh memiliki peranti itu serendah RM124.92 sebulan bagi tempoh 12 bulan dengan kadar faedah sifar peratus.

Selain itu, pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga RM150 melalui SPayLater serta rebat tambahan RM100 menerusi pelan ansuran bank.

Tempahan awal dibuka mulai semalam hingga 11 September ini di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian.

Pelanggan boleh menikmati hadiah eksklusif tempahan awal bernilai sehingga RM1,145 termasuk Smart Projector bernilai RM699, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder bernilai RM119.

Pembeli turut menerima manfaat vivo Care seperti waranti bateri selama empat tahun, waranti lanjutan selama 365 hari dan waranti perlindungan penutup belakang selama satu tahun.

Sebagai ciri tambahan, vivo V80 Lite 5G akan mula memperkenalkan teknologi Extended RAM mulai 24 September 2026 menerusi pengoptimuman perisian bagi memberikan pengalaman multitugas lebih lancar serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button