PUTRAJAYA – Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo enggan mengulas mengenai peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming daripada parti itu sambil berkata, hari ini bukan masa yang sesuai untuk berpolitik.
Beliau yang juga Menteri Digital berkata, beliau belum membaca kenyataan Kian Ming dan memilih untuk menangguhkan sebarang komen kepada masa yang lain, lapor NST.
BACA JUGA:
Keluar DAP, Ong Kian Ming sedia bantu Khairy hadapi PRU16
“Tidak, bukan hari ini. Hari ini bukan untuk berpolitik. Saya belum membaca apa yang beliau katakan, jadi kita tangguhkankan perkara ini untuk masa yang lain,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan 2026, di sini hari ini.
Terdahulu, Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya daripada DAP berkuat kuasa serta-merta sambil berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk negara bersama individu yang mempunyai pemikiran yang sama serta membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ong turut berkata beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti lain atau bertanding dalam PRU16.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan berkata, keputusan Kian Ming untuk meninggalkan parti merupakan hak beliau dan wajar dihormati.
Ahli Parlimen Bangi itu berkata beliau menghargai bantuan Kian Ming yang turut membantunya berkempen pada pilihan raya umum yang lalu.
“Saya amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh Kian Ming untuk saya secara peribadi dan, sudah tentu, beliau juga telah berkhidmat untuk parti.
“Bagaimanapun, keputusan beliau untuk meninggalkan parti adalah pilihan peribadinya dan kami menghormati keputusan tersebut,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kian Ming untuk membantu Khairy dalam PRU16, Syahredzan berkata perkara itu juga merupakan hak beliau.
“Apabila anda sudah tidak lagi berada dalam parti, sudah tentu anda bebas untuk membantu sesiapa sahaja,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


