POLITIK

PRN Melaka: Amirudin diberi mandat runding kerjasama PH, BN

SERDANG – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat mengendalikan rundingan berhubung kemungkinan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu susulan pertemuan beliau dengan Amirudin, kelmarin.

“Kita serahkan kepada Amirudin,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Ketika ditanya diminta mengulas sama ada masih terdapat ruang kerjasama antara kedua-dua gabungan itu, Anwar berkata ruang berkenaan sentiasa ada.

“Ruang untuk kerjasama… Dalam kehidupan, kita mesti bekerjasama. Ini semua soal kerjasama,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin dipetik sebagai berkata, beliau dijangka bertemu Anwar pada 23 Ogos bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara PH dan BN pada PRN Melaka.

Semalam, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil, turut mengesahkan Amirudin sudah bertemu Anwar ketika rundingan antara PH dan BN berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri itu sedang berlangsung.

Khamis lalu, Anwar dilaporkan berkata, jawatankuasa pilihan raya PH akan membincangkan kemungkinan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Jawatankuasa itu, jelas beliau, diketuai Amirudin bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin sebelum ini tidak menolak kemungkinan bertemu Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam amsa terdekat bagi membincangkan kerjasama menjelang pilihan raya negeri berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button