Robot humanoid China pecah rekod 100 meter Usain Bolt
BEIJING – Robot humanoid buatan China mencatat masa 9.39 saat dalam acara larian 100 meter pada Sukan Robot Humanoid Dunia di Beijing, sekali gus mengatasi rekod dunia 9.58 saat yang dicatat legenda pecut Jamaica, Usain Bolt pada 2009.
Robot Tiangong Ultra yang dibangunkan Pusat Inovasi Robot Humanoid Beijing itu merekodkan catatan berkenaan dalam saringan sebelum memenangi perlumbaan selepas memintas robot Lightning milik syarikat telefon pintar Honor, berhampiran garisan penamat.
Lightning pula mencatat masa 9.47 saat, manakala robot keluaran Unitree menduduki tempat ketiga dengan catatan 12.41 saat.
<span;>Bagaimanapun, aksi itu turut memperlihatkan cabaran teknologi robot humanoid apabila Tiangong Ultra hilang keseimbangan dan melanggar penghadang keselamatan selepas melepasi garisan penamat.
Lightning pula terjatuh sebelum terpaksa diusung keluar dari trek.
Dalam acara lain, robot humanoid China turut mencipta pencapaian baharu dalam acara lompat tinggi berdiri selepas sebuah robot berjaya mencapai ketinggian 2.88 meter.
Catatan itu mengatasi rekod dunia manusia 2.45 meter yang dilakukan atlet Cuba, Javier Sotomayor pada 1993.
Sukan Robot Humanoid Dunia edisi kedua yang berlangsung selama lima hari itu menghimpunkan lebih 2,000 robot daripada 666 pasukan dari 16 negara untuk bersaing dalam 51 acara termasuk larian, bola sepak, tenis, angkat berat dan tarik tali.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








