Anwar luang masa santuni tiga tokoh ulama besar dunia Islam
KUALA LUMPUR – Kesibukan menjalankan tugas tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang berada di Malaysia bagi menghadiri program Malaysia Berselawat.
Pertemuan itu berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya dan dimanfaatkan Anwar untuk bertanya khabar, selain memohon nasihat serta doa daripada tiga tokoh berkenaan.
Mereka ialah Tokoh Ulama Hadis Mesir, Syeikh Dr Mustafa al-Nadwi Al-Hasani; Syeikh Qurra’ Dunia, Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawy dan Penjaga Utama bagi Wakaf Masjid dan Makam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Sheikh Afeefuddin Al-Jailani.
Perdana Menteri berkata, beliau memanfaatkan kesempatan itu untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, selain merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah serta menyemarakkan syiar Islam di tanah air
“Alhamdulillah. Di celah kesibukan jadual harian, saya berkesempatan singgah ke Nasyrul Quran untuk menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.
“Kesempatan ini saya gunakan untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di tanah air.
“Semoga kunjungan para ulama ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama, serta memperkukuh usaha kita membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Kehadiran ulama terbabit bagi menghadiri program Malaysia Berselawat yang diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, malam ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








