KPM maklum ralat pada tarikh Ujian Mendengar SPM 2026
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan terdapat ralat bagi tarikh Ujian Mendengar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 selepas berlaku kesilapan dalam jadual yang diumumkan sebelum ini.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ujian Mendengar Bahasa Melayu ditetapkan pada 23 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 24 November.
Sebelum ini, KPM memaklumkan kedua-dua ujian berkenaan masing-masing dijadualkan pada 30 November dan 1 Disember.
Menurut KPM, peperiksaan SPM 2026 akan bermula pada 26 Oktober hingga 17 Disember ini dan melibatkan seramai 420,879 calon di seluruh negara.
Peperiksaan berkenaan akan dijalankan di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.
KPM berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam masa terdekat.
“Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.
“Ujian Amali Sains pula dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








