BERITA SEMASAHIBURAN

Aktres siri Heroes, Nashville meninggal dunia

LOS ANGELES – Pelakon, Hayden Panettiere, yang terkenal menerusi siri televisyen Heroes dan Nashville, meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Menurut laporan ABC News yang memetik kenyataan wakil Panettiere, pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya di seluruh dunia.

“Dengan penuh dukacita kami berkongsi berita pemergian tragis Hayden yang kami kasihi. Mendiang merupakan seorang yang membawa kegembiraan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya serta jutaan penonton yang menyaksikannya di layar,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, wakil berkenaan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kematian mendiang.

Panettiere memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum meraih populariti menerusi watak Claire Bennet dalam siri fiksyen sains Heroes dan Juliette Barnes dalam drama muzikal Nashville.

Mendiang turut membintangi beberapa filem terkenal termasuk Remember the Titans, Raising Helen, Ice Princess, Scream 4 dan Scream VI.

Pada Mei lalu, Panettiere menerbitkan memoir berjudul This Is Me: A Reckoning yang menceritakan pengalaman hidupnya, termasuk perjuangan menghadapi ketagihan, kemurungan selepas bersalin dan beberapa cabaran peribadi lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button