Lelaki selamat selepas terjatuh dari tingkat 33 Q Sentral
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 32 tahun berada dalam keadaan stabil selepas terjatuh dari tingkat 33 bangunan Q Sentral, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki terbabit dipercayai terjatuh selepas anggota bomba yang berada di lokasi cuba memujuknya supaya bergerak ke tempat selamat.
“Anggota bomba menggunakan tali dan peralatan lain ketika cuba memujuk lelaki terbabit, namun dia kemudian terjatuh dan mendarat di blok penghubung ke KL Sentral,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja di sebuah agensi pengambilan pekerja mengalami patah tulang pada tangan dan kaki serta tulang rusuk kiri.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Hoo berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan tekanan di tempat kerja.
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




