
[VIDEO] PM Anwar tiba di Riyadh
Bagi hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC berkenaan isu Palestin
RIYADH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan, hari ini.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, pada pukul 12 tengah hari (5 petang waktu Malaysia).
@malaysiatribune Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh hari ini bagi menghadiri Sidang Tergempar OIC. Kesemua pemimpin negara Islam hadir bagi membincangkan isu serangan ke atas Palestin yang semakin buruk sejak akhir ini. #malaysiatribune
Ketibaan Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil disambut oleh Timbalan Gabenor Riyadh Putera Muhammad bin Abdulrahman bin Abdul Aziz.
Sidang tersebut diadakan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC akan berkumpul pada sidang kemuncak yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Sebelum sidang kemuncak itu, dua mesyuarat persediaan diadakan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC (SOM) pada 9 Nov dan Mesyuarat Peringkat Menteri OIC pada 10 Nov, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar semalam.
Perhimpunan itu berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz, Riyadh susulan penglibatan meluas Anwar dengan beberapa pemimpin OIC mengenai isu Palestin dan pencerobohan tentera Israel yang berlarutan.
Semasa sidang kemuncak itu, Anwar akan sekali lagi menyatakan pendirian tidak berbelah bahagi Malaysia berhubung keperluan penting untuk menghentikan tindakan pembunuhan kejam oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan muktamad dan selama-lamanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








