BERITA SEMASA

Kakitangan JPS maut, tudung terbelit pada ‘roll gate’ kunci air

SABAK BERNAM – Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudungnya dipercayai terbelit pada ‘roll gate’ dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.35 petang.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun didapati terbaring di atas ‘gate’ kunci air.
“Siasatan awal mendapati tudung mangsa terbelit pada ‘roll gate’ dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, pihak bomba kini menunggu hasil siasatan polis bagi tindakan lanjut.

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar serta keadaan yang berlaku ketika mangsa menjalankan tugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button