Berita Semasa

Selangor tubuh Lembah Klang Raya, gabung sistem pentadbiran empat bandar raya

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor perkenal Enakmen Lembah Klang Raya bagi mewujudkan pentadbiran Lembah Klang Raya yang meliputi satu sistem pentadbiran bagi keempat-empat PBT di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, enakmen berkenaan adalah bagi mewujudkan pentadbiran lebih lancar dan responsif bagi penduduk serta komuniti perniagaan.

“Setelah meneliti pengalaman The Greater London Authority, Liverpool City Region, kerajaan negeri akan mewujudkan Lembah Klang Raya yang meliputi satu sistem pentadbiran bagi keempat-empat PBT di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang,” katanya.

Beliau berkata ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Jelasnya, Lembah Klang Raya mampu mewujudkan pentadbiran yang lebih lancar dan responsif bagi penduduk serta komuniti perniagaan termasuk melancarkan proses permohonan perniagaan pelesenan dan kelulusan.

Selain itu, ia juga boleh menjadi platform bagi pentadbiran kerajaan digital dengan membina sistem Digital Twin Lembah Klang Rata bagi membolehkan simulasi seperti pengurusan trafik bencana proses pembangunan termasuk reka bentuk bangunan dan kebenaran merancang.

Terdahulu, sebanyak RM2.53 bilion diperuntukan bagi Belanjawan Selangor 2024 merangkumi RM1.33 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Show More

Related Articles

Back to top button